Posts

OKU:Sikap,Harapan Dan Pengertian

       Orang Kurang Upaya atau pun sekarang ini dikenali sebagai "Orang Kelainan Upaya" adalah dua perkara yang sama maksudnya, atau secara ringkasnya ianya dikenali sebagai OKU. Tahukah kita apakah OKU ini? Ada antara segelintir ahli masyarakat menyebut dengan fasih perkataan OKU akan tetapi amat malang tidak memahami secara mendalam dalam apakah maksud OKU itu sendiri. Orang Kurang Upaya (OKU) adalah manusia yang tidak berkeupayaan untuk melakukan semua aktiviti dengan sempurna yang lazimnya dilakukan oleh insan yang normal disebabkan kecacatan secara fizikal mahupun mental. Menyokong kepada definisi Orang Kurang Upaya ini menurut takrifan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dipetik daripada Zinaida Ariffin (2006:61) iaitu:        "Seseorang yang tidak berupaya memperoleh sepenuhnya  atau sebahagian keperluan biasa individu ataupun tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan...

perlukan assignment?

anda perlukan assignment?...kami boleh uruskan... assignment yang biasa diterima a) politik b) pentadbiran awam c) perlembagaan malaysia d) Human Resource Developement e) lain-lain boleh dipertimbangkan boleh hubungi melalui 0134363832/rokhit_6382@yahoo.com/facebook:mohamad rokhit kebiasaannya untuk ijazah sarjana muda****

minggu agak sibuk

minggu ini agak sibuk dengan assignment yang berlambak-lambak....adoi yai ada sapa-sapa nak tolong ka.?ada cara nak bagi mudah ka.?....semua ni pening kepala! 1.assignment organisasi dan masyarakat 2.assignment ekonomi 3.assignment struktur dan proses politik malaysia 4.assignment bahasa inggeris ada ka sapa-sapa sapat membantuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

sendu di hati

lautan gelora melanda hati luka yang pedih disakiti tanpa rasa bersalah kau berlalu pergi meninggalkan luka kusendiri c/o** kubermohon pada mu ya Illahi tabahkan hati ini ku percaya pada diri dalam gelap ada terangnya suatu masa nanti Doa pasrah ku padamu andai ini suratan takdirmu walau luka seribu rasa takkan ku rebah dalam sendu ini duhai kasih sayangku kurela kau pergi membawa cintaku yang kau puja seketika dulu walaupun sendu dihatiku

catatan penulis...

Assalamulaikum dan salam sejahtera... 2 minggu lagi adalah peperiksaan akhir universiti Utara Malaysia khasnya student-student PLK. Umumnya mengetahui bahawa sepatutnya peperiksaan tersebut berlangsung pada 9-13 november ini. Namun di sebabkan keadaan banjir yang melanda sebahagian besar negeri kedah oleh itu peperiksaan tersebut telah ditunda oleh UUM. Pada ketika ini, sudah semestinya semua student sedang sibuk menyiapkan diri masing-masing bagi menghadapi peperiksaan.Sekurang-kurangnya ada rahmatnya juga penundaan tersebut..bagi yang tak cukup masa study, stydylah secukupnya. masa masih ada. Insyaalah pada masa akan datang saya akan berikan sedikit panduan dalam bagaimana kaedah mengikuti pengajian secara PLK atau pun jarak jauh ini Jika panduan itu nanti boleh digunakan maka gunakanlah demi kebaikan kita bersama... Biarpun ada antara kita ada sejarah pendidikan masing-masinh namun PLK menuntut persediaan kendiri yang tinggi berbanding para pelajar sepenuh masa. Oleh yang d...

Latarbelakang

Mohamad Rokhit Abdullah nama diberi, dilahirkan pada 06 Mac 1982 di Alor Setar Kedah. Pendidikan Awal bermula disekolah Kebangsaan Permatang Buluh Kota Sarang Semut. Kemudian pendidikan peringkat menengah bermula disekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah (SMKMS). Pernah bekerja diberbagai sektor sebelum menyertai perkhidmatan kerajaan.Namun pada 2004 telah menyertai perkhidmatan Awam hingga kini di sebuah Jabatan kerajaan.Selama hampir 7 tahun dalam perkhidmatan kerajaan, terbit rasa minat yang mendalam pula dalam pendidikan secara tidak langsung. Justeru itu.kini sedang melanjutkan pelajaran dalam pengurusan Awam di Universiti Utara Malaysia Sintok Kedah. Adalah diharapkan melalui pendidikan berterusan ini akan mampu untuk memperbaiki kualiti hidup disamping meningkatkan taraf pendidikan secara keseluruhannya. Sekian terima kasih MOHAMAD ROKHIT BIN ABDULLAH