Peluang Oku menyambung pengajian di peringkat Universiti

bagi OKU yang berminat untuk menyambung pengajian diperingkat tinggi anda boleh memohon bantuan yuran pengajian daripada kementerian pengajian Tinggi. Dinyatakan sedikit maklumat berkaitan:

SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM
Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini.
Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar kecacatannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana kecacatannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.
Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS
Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak dibawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti sahaja;
Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggungjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini;
Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.



TEMPOH PEMBIAYAAN
Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:
(i)        Sijil                                                     -           2 tahun
(ii)       Diploma                                             -           3 tahun
(iii)      Sarjana Muda                                  -           4 tahun
(iv)      Diploma Lepasan Ijazah               -           2 tahun
(v)       Sarjana                                             -           2 tahun
(v)       Ph.D                                                   -           4 tahun

SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU
i. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU;
ii. Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elemen wang saku sahaja;
iii. Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar bergaji (penuh/sebahagian); dan
iv. Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

KAEDAH BAYARAN
1.Pelajar Sepenuh Masa (wang saku dan yuran pengajian)
a. Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang kedua-duanya tidak melebihi RM5,000/setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa pula hanya layak wang saku sahaja.
b. Kadar bantuan adalah wang saku RM300/bulan dan bakinya adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi kedua-dua elemen. Sekiranya jumlah wang saku dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun, lebihan tersebut tidak akan dibayar kepada pelajar dan tidak akan dibawa ke hadapan.
c. Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan kepada tahun kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula dari tuntutan pertama dibuat dalam dalam tahun semasa.
d. Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih samada untuk bantuan bagi kedua-dua elemen bayaran atau yuran pengajian sahaja dalam tahun tersebut. Jika memilih yuran pengajian sahaja dan masih terdapat lebihan dalam tahun tersebut, ianya (lebihan) akan dimasukkan ke akaun pelajar pada akhir tahun.

2.Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh (yuran pengajian sahaja) :
a. Bantuan tidak melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian tertakluk kepada RM5,000 setahun (jika menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima bantuan ini.
b. Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois lengkap yang diterima; dan
c. Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa dan tidak akan dikebelakangkan. Tuntutan untuk semester yang telah berlalu adalah tidak dibenarkan.

(sumber: http://www.mohe.gov.my/)


Comments

Popular posts from this blog

sendu di hati

Latarbelakang