OKU:Sikap,Harapan Dan Pengertian

       Orang Kurang Upaya atau pun sekarang ini dikenali sebagai "Orang Kelainan Upaya" adalah dua perkara yang sama maksudnya, atau secara ringkasnya ianya dikenali sebagai OKU. Tahukah kita apakah OKU ini?
Ada antara segelintir ahli masyarakat menyebut dengan fasih perkataan OKU akan tetapi amat malang tidak memahami secara mendalam dalam apakah maksud OKU itu sendiri. Orang Kurang Upaya (OKU) adalah manusia yang tidak berkeupayaan untuk melakukan semua aktiviti dengan sempurna yang lazimnya dilakukan oleh insan yang normal disebabkan kecacatan secara fizikal mahupun mental. Menyokong kepada definisi Orang Kurang Upaya ini menurut takrifan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dipetik daripada Zinaida Ariffin (2006:61) iaitu:
      
"Seseorang yang tidak berupaya memperoleh sepenuhnya  atau sebahagian keperluan biasa individu ataupun tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan daripada segi mental dan fizikal yang dialami sejak lahir ataupun selepas lahir".

       Kekurangan inilah insan-insan OKU ini disebut "insan kurang Upaya". Contoh ketidak upayaan OKU adalah seperti kecacatan anggota samada sejak lahir ataupun disebabkan kecacatan akibat kemalangan jalan raya yang mengubah landskap kehidupan seseorang daripada normal kepada kurang upaya. Ada juga antara mereka yang mengalami kecacatan sejak lahir yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.

Nilai Masyarakat Terhadap Orang Kurang Upaya 


       Masyarakat membuat penilaian secara berbeza terhadap Orang Kurang Upaya OKU. Ada sesetengahnya memandang masyarakat OKU secara negatif dan ada pula memandang sebaliknya (positif). Ada sekelompok masyarakat pula memandang Orang Kurang Upaya sebagai insan yang perlu dikasihani memandangkan mereka ini berbeza daripada insan lain.Apa yang perlu disedari oleh kita semua sebagai ahli masyarakat adalah  perasaan yang berbeza-beza ini sebenarnya telah mewujudkan pola-pola persepsi yang juga berbeza dalam kelompok masyarakat.
       Dalam kalangan masyarakat, ada  segelintirnya yang sinis terhadap golongan OKU ini. Mereka menganggap OKU sebagai golongan yang lemah daripada semua aspek baik pekerjaan,pelajaran dan sebagainya. Tanggapan yang sebegini akan memjadi penghalang kepada golongan OKU untuk mendapat pekerjaan bagi menyara kehidupan dan juga menghalang OKU untuk maju dalam kehidupan mereka sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat. Sikap yang begini sangat tidak adil dalam dunia tanpa sempadan kini kerana setiap ahli masyarakat ada hak masing-masing yang perlu dihormati.

Comments

Popular posts from this blog

sendu di hati

Latarbelakang